21 November 2010

DATUK LEE CHONG WEI vs LIN DAN


Lepas habis je match ni aku terus google maklumat mengenai mereka berdua. Memang tidak dapat dinafikan Lin Dan mempunyai advantage bermain di tempat sendiri. Final result Datuk Lee Chong Wei lawan Lin Dan di Sukan Asia 2010 Guangzhou, China 13-21, 21-15, 21-10. Ini adalah kemenangan pertama Lin Dan di sukan asia dan jugak emas untuk negara China setelah kali terakhir pada tahun 1998. Lagi manis jika Datuk Lee Chong Wei mendapat emas pertama untuk dirinya dan untuk negara yang sudah sekian lama kemarau emas iaitu pada tahun 1970 oleh Punch Gunalan di Bangkok, Thailand.

Mengenai rekod pertemuan bintang ini sebanyak 22 kali kesemuanya. Lin Dan lebih menguasai sebanyak 15 kali kemenangan dan hanya 7 kali sahaja berpihak kepada Datuk Lee Chong Wei. Jika aku yang jadi Lin Dan boleh berpuas hati dan berkata bahawa ranking nombor 1 dunia itu tidak penting. Malaysia kena lah terus berusaha untuk Sukan Asia akan datang pada tahun 2014 di Incheon, Korea Selatan. Ayok Malaysia boleh!!




3 comments:

  1. tho kecundang..tahniah diucapkan kepada Dato' LCW sebab berjuang bersungguh2..nasib saja yg tidak menyebelahi beliau..

    ReplyDelete
  2. yes2....malaysia kalah...

    ReplyDelete
  3. kalamhati-semangat nya harus di puji.
    matika-suka malaysia kalah plk dia ni kan.

    ReplyDelete