03 November 2010

FILEM 2 ALAM TERBAIK

Memang aku tiada kerja nak buat posting tentang filem ini yang kononya akan meletup di pawagam nanti. Belum lagi di tayangkan rasanya sudap meletup-letup di mulut setiap orangkan. Target kutipan mula-mula 12 juta kemudian 20 juta dan paling latest 40 juta. Tinggi sungguh harapan Datuk Dr. Rozmey Che Din (DDR panggilan manja beliau).

Mari kita lihat antara spoil filem ini.


Designer poster 2 Alam ni agak keterlaluan apabila menggunakan gambar background filem Exorcism. Kenapa perkara sebegini terjadi wahai ddr??

Tarikh tayangan akhirnya dapat 18 november ini setelah setelah sekian lama postpone. Delay tarikh tayangan pon sudah buat ramai yang meluat dan bosan. Tapi tahukah anda 18 november ini juga di tayangkan cerita HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS: PART 1. Bukan nak kata ape lah kn. Semua pawagam sure akan penuh sebab cerita harry potter then siapa nak tengok cerita ddr ni ?!

Antara komen-komen dari wartawan yang sudah tengok 2 alam-

Niezam dari Mstar
Dr Rozmey sebenarnya takut dengan kritikan wartawan kerana dia bimbang filem dia tak laku.Tapi masa dalam panggung memang rasa macam nak pecah juga kepala melihat 2 Alam.Filem itu bagus kalau ia digarap dengan baik. Tetapi sayang, garapannya “hancus”. Pelakon baru yang memegang watak utama dalam filem itu juga tidak hebat berlakon. Kalau dah tak popular, jadi tak payahlah disebut namanya.

Meor Shariman, NST
Menonton filem 2 Alam umpama menyiksa minda dan yang paling mengejutkan ialah masih ada filem sebegini diterbitkan setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pembikin filem tempatan menaikkan martabat filem melayu. Filem sebeginilah yang memburukkan nama industri filem tempatan dan mengembalikan tanggapan masyarakat bahawa filem buatan Malaysia adalah filem sampah.

Klubkiddkl – Malay Mail
Sesiapa yang sanggup nak tengok 2 Alam -sedekahkanla saja duit tu pada makcik jual kerepek ke orang buta minta derma. Lebih puas.

Ellyana Ali - Murai.Com
Filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan.

Panas sungguh komen wartawan kita. Komen ddr pulak dr status facebooknya!

Keangkuhan dan kesombongan wartawan hiburan sekian lama terhenti dan padam. mereka tidak mampu lagi angkuh , memfitnah , mengkeji dan memaksa ddr mengikut rentak dan resam mereka utk kuburkan industri Filem,maruah bangsa dan negara di hujung mata pena mereka. selepas TSUNAMI ledakan Pecah panggung 40 Juta yg ddr cIpta. Masa utk positif dan hormati hak individu dan menulis dgn amanah dan jujur serta berbudi.

So bagaimana dengan anda semua? Aku rase nak tengok tapi download sudey~

Ohh ya ni link facebook ddr dan facebook anti ddr. Lu pikir lah sendiri nak like yang mane yo.
Fb ddr               FACEBOOK ANTI DDR

kredit to-ohartis,beautifulnara

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment